Segmen-segmen KELANTANfm

Segmen

Segmen Cerita Kita Orang Kelantan (CEKOK)

Masa :  Setiap hari (9.00 – 12.00 Mlm)

Sinopsis : 

Segmen CEKOK dikendalikan dalam dailek Kelantan khusus untuk golongan remaja pengisisan program secara ’subtle’ - juga program perang saraf PRU 13 dengan membawa 3 elemen utama iaitu :

  • Gege Gegok – fokus berita dan isu semasa disekitar Kelantan dan Nasional
  • Bbari – menceritakan hal ehwal remaja secara interaktif melalui telefon, sms, laman web, facebook, twitter dan sebagainya
  • Ngulek – luahan dan cetusan rasa dalam madah pujangga, puisi, sajak secara santai dengan lagu pilihan sesuai
Segmen

Segmen Apa Khabar Orang Kelantan (AKOK)

Masa :  Setiap hari (2.00 – 6.00 petang)

Sinopsis : 

Rancangan berkonsep ’perang saraf’ dikendalikan dalam loghat Kelantan oleh Ikon DJ – memperjelaskan isu-isu semasa berbangkit di peringkat tempatan dan nasional dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami rakyat.

Diselang seli dengan lagu-lagu daerah Kelantan, Dikir Barat, Hindustan, Siam, dan top hit semasa, kapsul dan sketsa.

Segmen

Segmen Dikir Orang Muda

Masa :  

Sinopsis : 

Mencungkil bakat penyanyi dan kumpulan baru dalam seni tradisi dikir barat. Salah 1 usaha kelantanfm utk kekalkan tradisi unik negeri kelantan. Siaran rakaman seminggu sekali.

Segmen

Segmen Qari Cilik

Masa :  

Sinopsis : 

Program bacaan al-quran yang diberi nafas baru. Memberi ruang kepad qari dan qariah dari peringkat sekolah dan disiar secara harian. Diharap mampu menarik pendengar oleh seluruh keluarga qari/qariah tersebut

Segmen

Segmen Gi Mano Kito

Masa :  

Sinopsis : 

Program pelancongan yang akan menonjolkan tempat-tempat & aktiviti pelancongan diseluruh negeri kelantan. Bukan itu sahaja malah perkongsian tips melancong, serta membuka peluang pengiklanan dlm bidang pelancongan tembus ke saluran radio kelantanfm

Segmen

Segmen Ruangan Informasi Anda

Masa :  

Sinopsis : 

Mengemaskini cara sebaran maklumat melalui radio berkenaan pengumuman, hebahan dan info semasa untuk seluruh rakyat kelantan. Siaran live, 5x sehari selama 5 minit.

Segmen

Segmen Wayang Remaja

Masa :  

Sinopsis : 

Tanpa meninggalkan peminat wayang kulit dan terus mengekalkan seni unik sedia ada, wayang kulit turut diberi peluang kepada generasi baru sebagai pelapis kepada pengamal seni sedia ada. Siaran rakaman sekali seminggu

Segmen

Segmen Nok Ko Tok sir

Masa :  9.30 - 11.00 malam

Sinopsis : 

Gerakan bersepadu NBOS antara kelantanfm dan AADK dalam memberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah di negeri ini. Penagih yang berjaya pulih akan menjadi tetamu diradio menceritakan sendiri pengalaman mereka. Siaran keuaar setiap hari Khamis.

Segmen

Segmen Jolo Ko?

Masa : 7.45 Pagi 

Sinopsis : 

Program yang akan menyemak perkara-perkara yang sedang tular di media sosial. Dj akan memeriksa kesahihan perkara tersebut diportal Sebenarnya.my Setiap hari secara ‘Live’