Mengenai KELANTANfm


  • Sejarah

    Kelantan FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Penuhi Citarasa Anda. Ia diselenggarakan oleh RTM Negeri Kelantan. Ia boleh didengari di seluruh negeri Kelantan dan juga kawasan sempadan seperti Jerteh di Terengganu dan Lipis di Pahang dan Golok di Selatan Negara Thai.

    Sejarahnya bermula pada 16 November 1963, dimana Radio Malaysia Kota Bharu mula beroperasi. Perasmian pembukaan pula dilakukan pada 6 November 1964 oleh K.D.Y.M.M. Al-Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Petra. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd. Razak, Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia dan juga Menteri Besar Kelantan, Encik Muhammad Asri.RTM Kota Bharu merupakan stesen RTM pertama di Malaysia yang mempelopori siaran daerah.Kos pembinaanya mencecah RM 115 juta dan dilengkapi 3 Studio yang terdiri dari 2 Studio Siaran dan 1 Studio Ceramah. Bangunan ini turut dilengkapi dengan sebuah Panggung ataupun dikenali sebagai Auditorium dan boleh memuatkan lebih kurang 160 orang penonton. Siaran daerah pada masa itu disiarkan hanya beberapa jam sahaja sehari dan mendapat sambutan segenap lapisan masyarakat.

    Di awal penubuhannya,Radio Malaysia Kota Bharu merupakan stesen permulaan memulakan siaran daerah kawasan timur berbanding dengan negeri-negeri lain dan berita daerah disampaikan dalam loghat Kelantan. Kakitangan awal radio ini hanyalah seramai 66 orang iaitu dari bahagian teknikal dan rancangan. Pada awal penubuhannya, stesen ini merupakan Ibu Pejabat bagi Kawasan Timur sehinggalah pada tahun 1972.

    Pada tahun 1972, fungsinya sebagai Ibu Pejabat telah dipindahkan ke Stesen Radio Televisyen Malaysia Kuala Terengganu yang baru siap dibina.Dengan perpindahan ini maka RTM Kota Bharu menjadi stesen siaran tempatan. Siaran tempatan bermula jam 5.15 petang hingga 6.15 petang. Mulai 1 September 1980 masa siaran tempatan ditambah selama 30 minit lagi untuk siaran sebelah pagi dari jam 8.30 hingga 9.00 pagi. Apabila waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan pada 1 Januari 1982. waktu siaran tempatan juga diubah kepada mulai jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi manakala siaran sebelah petang pada jam 5.45 petang hingga 6.45 petang.Masa siaran tempatan turut diubah pada tahun 1986 apabila siaran tempatan dikenali RMKB yang bermula jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi setiap hari manakala pada tahun 1988 siaran tempatan sebelah petang dimulakan dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

    Pada tahun 1993, RTM telah mengubah polisinya daripada tiga siaran iaitu siaran kebangsaan, daerah dan tempatan kepada siaran kebangsaan dan negeri. Sehubungan dengan itu, nama stesen telah ditukar kepada Radio 3 Kota Bharu.Radio Malaysia Kota Bharu juga menyumbang beberapa rancangan peringkat nasional seperti rancangan Dikir Barat, Segar dan Mengharum, Pilihanku tetapi diambilalih stesen Kuala Terengganu beberapa tahun kemudian yang dikenali nama rancangan Timur 11.30. RTM Kota Bharu juga menyumbang rancangan peringkat siaran daerah kawasan timur seperti, Dalam kenangan, Dikir Barat, Hanya Untukmu Puan berbentuk kapsul, Permintaan Dariku Untukmu sebuah rancangan bersama RTM Kuala Terengganu dan Kuantan dan banyak lagi.

    Bermulanya selama 8 jam sehari dan seterusnya 18 jam sehari bermula dari 06:00 hingga 00:00.pagiPada tahun 1996, nama Radio 3 Kota Bharu telah ditukar kepada Radio Malaysia Kelantan selari dengan penyusunan semula stesen radio negeri-negeri di seluruh negara. RMK boleh diterima siarannya melalui FM stereo dan Gelombang Sederhana di negeri Kelantan, Hulu Terengganu dan Selatan Thailand.Pada 1 April 2005, sempena Penjenamaan Semula Radio Malaysia nama Radio Malaysia Kelantan ditukar kepada KELANTAN fm.Pada 17 Jun 2005, sempena Perasmian Pelancaran Penjenamaan semula Radio Malaysia Kelantan kepada KELANTAN fm, Yang Berhormat Menteri Penerangan Dato’ Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir mengumumankan siaran KELANTAN fm dilanjutkan dari 18 jam kepada 24 jam mulai 1 Ogos 2005. Sejak awal penubuhanya, RTM Kelantan telah diterajui oleh 11 orang Pengarah yang bermula dengan Encik Mohd Tahir Ramli sebagai Penyelia Stesen ketika itu. Kini RTM Kelantan berada dibawah pengurusan Pn Noriani Bt Mohd Idris, selaku Pengarah Penyiaran Kelantan.

  • Carta Organisasi

    CARTA ORGANISASI JABATAN PENYIARAN NEGERI KELANTAN

    CARTA ORGANISASI JABATAN PENYIARAN KELANTAN (BAHAGIAN RANCANGAN)

    CARTA ORGANISASI JABATAN PENYIARAN KELANTAN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)

    CARTA ORGANISASI JABATAN PENYIARAN KELANTAN (BAHAGIAN KEJURUTERAAN)

  • Visi, Misi dan Objektif

    » Visi

    Visi jabatan ini adalah untuk menjadikan RTM sebagai badan penyiaran yang unggul di Negara dan yang terkenal di rantau Asia Pasifik.


    » Misi

    Kelantan telah menetapkan beberapa misi sebagai panduan :

    1. Mendukung wawasan Negara
    2. Menyediakan rancangan untuk memenuhi cita rasa audiens
    3. Menentukan perkhidmatan penyiaran bermutu tinggi
    4. Bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa
    5. Hak tugas jangka panjang kearah pengkopratan
    6. Menjaga kepentingan anggota tugas

    » Objektif

    1. Menyebar luas maklumat melalui pelbagai platform siaran.
    2. Memangkin pembangunan industri kandungan kreatif negara.
    3. Mendukung warisan dan budaya bangsa Malaysia.
    4. Memperluas jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam dan luar negara.
  • Maklumat Bahagian

    PENTADBIRAN

    • Menguruskan hal ehwal surat menyurat, Urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
    • Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat.
    • Menyediakan segala laporan kewangan (mengurus).
    • Membantu di dalam penyediaan anggaran peruntukan tahunan.
    • Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
    • Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan perkhidmatan.
    • Mengurus bayaran urusan elaun tuntutan, bil, tiket kapal terbang dan berkaitan tempahan penginapan.
    • Mengadakan program yang teratur bagi pelaksanaan aktiviti di unit personal, kewangan dan aset.
    • Menyelaras aspek pembangunan sumber manusia.
    • Bertanggungjawab mengurus proses pengambilan balik tanah dan penempatan semula penduduk.
    • Mengurus proses pampasan dengan pihak-pihak yang terlibat dan berkaitan.
    • Mengurus dan mengatur mesyuarat serta perjumpaan di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan projek.
    • Merekod dan mendokumentasi hal-hal berkaitan.

    KEJURUTERAAN

    FUNGSI

    • Memberi perkhidmatan penyebaran maklumat melalui RADIO dengan berkesan dari segi urusan teknikal.

    OBJEKTIF

    • Menentukan penerimaan siaran radio dengan jelas kepada warga negeri Kelantan.
    • Menyelenggara peralatan agar dapat berfungsi pada tahap maksimum.
    • Mengendalikan aktiviti penerbitan rancangan radio dengan berkesan.
    • Memperluaskan kawasan liputan dari masa ke semasa.

    UNIT-UNIT

    UNIT PENYELENGGARAAN

    Fungsi :

    • Menyelenggara peralatan studio
    • Membaiki kerosakan peralatan studio
    • Menguji peralatan studio.

    UNIT SIARAN LUAR

    Fungsi :

    • Membuat rakaman luar
    • Mengendali sistem siaraya
    • Membuat siaraya langsung

    UNIT KENDALIAN BILIK PUSAT KAWALAN

    Fungsi :

    • Menguji peralatan teknikal di Bilik Siaran sebelum siaran ke udara.
    • Mengawal dan memantau kualiti siaran 'off-air' dan 'on-air'.
    • Menghantar bahan dan menerima bahan dari stesen lain melalui taliaN mengikut tempahan.

    RANCANGAN

    OBJEKTIF

    • Menerbit dan menyiarkan racangan bermaklumat
    • Membina dan menghiburkan pendengar
    • Berpandukan dasar dan aspirasi kerajaan serta sentiasa peka dengan perkembangan dunia penyiaran semasa

    UNIT-UNIT

    UNIT RANCANGAN

    JADUAL URUSAN RANCANGAN:

    • Menguruskan urusan muat turun lagu-lagu baharu dan promo semasa dari ibu pejabat dari Sistem Simpanan Lagu
    • Mengurus dan menyusun atur jadual siaran setiap hari siaran
    • Membekalkan lagu-lagu yang akan dibawa bagi tujuan bersiaran di luar konti utama
    • Menguruskan urusan tempahan rakaman atau siaran luar
    • Menyediakan senarai lagu yang telah bersiaran secara bulanan bagi tujuan tuntutan royalti

    PENERBITAN:

    • Menyelia penerbitan rancangan berakam
    • Memantau dan memastikan setiap rancangan berakam disiarkan mengikut jadual
    • Menjadual, mengurus dan menyelaras latihan dan recce bagi program radio di loka

    SIARAN RADIO:

    • Merangka persembahan siaran 18 jam sehari
    • Merangka jadual siaran musim perayaan
    • Menjamin keselesaan bilik siaran
    • Menyemak log siaran
    • Menyelia siaran dan rancangan yang disampaikan secara live di konti
    • Memantau dan memastikan siaran radio menepati mutu siaran dan piawaian yang ditetapkan
    • Menyemak talking point atau bahan ucapan DJ sehari sebelum ke udara
    • Menyediakan jadual tugas dan ganti tugas konti
    • Memperakui bayaran juruhebah sambilan setiap bulann

    BERITA:

    • Merancang liputan harian Berita Radio dan TV
    • Menyelia penerbitan Berita TV dan Radio
    • Mengatur tugas Pemberita, Juru kamera, pemandu dan penyunting visual
    • Menyelia dan memperaku tuntutan Artis Berjadual dan pegawai sambilan
    • Menyelia peralatan dan kenderaan BES

    AGAMA:

    • Menyelia penerbitan berakam bercorak keagamaan
    • Menyelia penerbitan rancangan siaran langsung mingguan
    • Menyedia dan memperakui bayaran penceramah setiap bulan
    • Mengadakan perbincangan dengan tetamu bagi tajuk cadangan bagi setiap rancangan

    PROMO:

    • Mengetuai dan menyediakan penerbitan promo siaran, pengumuman, teaser, jingle, cross promo tv, promo surat khabar, promo majalah dan crawler tv dari semasa ke semasa;
    • Membuat laporan bulanan bertulis kepada Pengarah dan Ketua Bahagian Rancangan aktiviti penerbitan promo/kreatif
    • Menyediakan sekurang-kurangnya 5 jingle/PSA/teaser setiap bulan
    • Menyelaras bersama Agen Pengiklanan RTM dalam urusan pemasaran dan penjualan masa siaran – iklan spot buy atau rancangan tajaan.