Objektif dan Fungsi

OBJEKTIF JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

 

  RTM KELANTAN Objektif yang menjadi pegangan Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Kelantan iaitu memberi perkhidmatan penyiaran, menyebarkan maklumat melalui radio termasuk siaran dalam dan luar negeri dan TV bagi mewujudkan sikap peribadi dan nilai-nilai yang sesuai ke arah pengurusan sosioekonomi masyarakat yang harmonis, maju dan bersepadu selaras dengan wawasan negara.

FUNGSI JABATAN PENYIARAN KELANTAN

RTM Kelantan atau Kelantan FM yang berpeganag kepada slogan ‘Penuhi Cita Rasa Anda’ kini memiliki kakitangan seramai 89 orang yang berkhidmat di semua bahagian dalam organisasi. RTM Kelantan kini diterajui oleh Encik Nordin Sulaiman sebagai Pengarah Penyiaran Kelantan. RTM Kelantan kini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu meliputi Bahagian Pentadbiran, Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa (BES), Bahagian Rancangan, Bahagian Pemasaran dan Bahagian Siaran Luar. Bahagian Pentadbiran akan menjalankan tugas mengenai pengurusan dan pentadbiran manakala bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa akan menjalankan tugas-tugas seperti penulisan dan penerbitan berita untuk siaran radio dan televisyen. Tugas di bahagian Rancangan melibatkan kerja seperti penerbitan rancangan, promo dan menentukan jadual untuk juruhebah. Bahagian Pemasaran akan menguruskan kerja-kerja berkaitan periklanan seperti membuat skrip iklan untuk pelanggan dana tugas bahagian Siaran Luar pula akan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan siaran radio di luar konti dan menentukan kerja rakaman dan teknikal.