DJ Kak We

Jamaliah Romi atau lebih di kenali dengan panggilan Kak Wan di Radio Malaysia Kelantanfm, sememangnya sudah sinonim dengan segmen AKOK (Apa Khabar Orang Kampung) di stesen Radio itu.. Kepetahan serta kemesraan beliau berinteraksi dengan para pendengar, membuktikan Jamaliah Romi atau JR antara penyampai ikon Kelantan fm yang memberi impak besar dalam mempopularkan stesen itu di kalangan peminat – peminat tempatan malah kini di seluruh Negara melalui website www.kelantanfm.gov.my..

Jamaliah Romi Pernah di anugerahkan Deejay Versetail (serba boleh) pada tahun 1996 dan beberapa kali disenaraikan sebagai finalis anugerah seri angkasa.
Sebagai juruhebah yang cukup di kenali terutama di negeri Cik Siti Wan kembang, Jamaliah meletakkan kerjaya sebagai penyampai radio sebagai tugas yang di amanahkan untuk memberi maklumat dan informasi kepada pendengar.

Pengalaman kira-kira 28 tahun sebagai penyampai radio di RTM tidak menjadikan beliau lokek atau kedekut untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penyampai-penyampai generasi baru, yang mewarnai industri penyiaran Negara masakini.
Bagi beliau, kehadiran penyampai-penyampai generasi baru bukanlah cabaran besar untuk dirinya terus bersaing, “ Apa yang penting. Kita tidak perlu merasa malu untuk bertukar pendapat dengan mereka, mungkin idea mereka boleh membantu dalam memenuhi citarasa pendengar radio hari ini.

Menurut Jamaliah bertugas sebagai penyampai atau deejay, harus sentiasa peka tentang perkembangan semasa untuk disampaikan kepada para pendengar rancangan. AKOK di Kelantanfm. Rancangan AKOK nama asalnya – ‘Apa khabar orang Kampong kita, kita orang Kampong’, mula keudara pada tahun 1993 – merupakan idea terancang oleh Pengarah Radio 3 Kota Bharu ( RMKB) ketika itu – Hj. Mahadi Ibrahim. Rancangan ini merupakan sebuah segmen popular yang mampu bertahan sehingga kini. Rancangan ini juga lebih mendekatkan beliau bersama masyarakat memandang AKOK menggunakan loghat daerah Negeri Kelantan. Bercerita mengenai segmen AKOK, Kak Wan berkata segmen itu amat diminati pendengar setia stesen radio Negeri nombor satu di Malaysia berdasarkan kajian yang di buat oleh AC NIELSON sejak 2 tahun lalu..

Segmen itu amat istimewa kerana menyiarkan 90 peratus lagu-lagu daerah, dikir barat , lagu-lagu hits hindi dan juga tidak ketinggalan lagu-lagu hits semasa
Beliau yang telah bertugas selama 24 tahun di Radio Malaysia Kelantan fm menimba banyak pengalaman terutamanya ketika berdepan dengan peminat yang fanatic terhadap juruhebah yang di minati, namun segala cabaran dan dugaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat.

Ibu kepada 6 orang anak ini, amat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami tentang kerjaya eliau yang sentiasa sibuk dan padat dengan aktiviti-aktiviti jabatan. Apabila ditanya apakah petua yang digunakan untuk mengekalkan kemerduan suara sewaktu keudara, menurut kak wan ” Suara itu anugerah Allah, saya tidak ada petua, sebaliknya minat yang mendalam, ikhlas dan sentiasa belajar dari kesalahan yang menjadikan kita mampu bertahan.” Di tambah lagi keluarga cukup memahami tugas menjadikan beliau lebih komited terhadap tugasnya sebagai penyampai popular di Kelantanfm.

Sepanjang berkhidmat dengan RTM, beliau Pernah bertugas di RTM Kuala Terengganu pada tahun 1982 hingga 1987, di bahagian pengesan siaran Kota Bharu pada 1987 hingga 1991 sebelum bertugas sebagai penyampai radio di Radio 3 Kota Bharu ketika itu.
Jelas beliau, tugas sebagai dj bukan sahaja setakat memburu populariti tapi juga menjadikan seseorang penyampai lebih peka tentang isu-isu semasa, kerana apa yang disampaikan kepada pendengar adalah berkait rapat dengan maklumat yang difahami tentang sesuatu isu. Apatah lagi pendengar radio sekarang lebih tahu dan lebih ke depan dalam segala hal. Sehubungan itu sekiranya seseorang juruhebah tidak tahu atau kurang arif dalam mengulas sesuatu topik dengan lebih terperinci sudah tentu DJ akan di perlekehkan oleh pendengar..

Menaikan nama sesebuah stesen menjadi popular adalah merupakan tugas berat penyampai sama ada DJ junior atau veteran
Kebanggaan sebagai penyampai adalah apabila berjaya menaikkan nama Radio Malaysia kelantanfm sebagai stesen rtm negeri yang paling popular di Malaysia dan insyaallah kami akan kekalkan Kelantanfm sebagai stesen no 1 pilihan pendengar.
Pendengar Kelantanfm juga membabitkan pelbagai kaum dan bangsa seperti bangsa Cina, Thai dan Juga India ini dapat di kenalpasti dari maklum balas yanag di terima amat posiotif dari bangsa-bangsa tersebut.

Bukti yang amat jelas dapat di rasai menerusi program RTM ke Lokasi dimana semua penyiar dapat bersemuka dengan pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan gama.
Jelas Jamaliah, Insaallah selagi ada kudrat dan selagi diterima masyarakat beliau akan terus berkhidmat untuk pendengar diudara radio Malaysia kelfm.